Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Mesyuarat Panel Pakar Syariah Kali Ke-101

Mesyuarat Panel Pakar Syariah (PPS) kali ke-101 telah dilaksanakan dengan jayanya pada 8 dan 9 Safar 1441H bersamaan 7 dan 8 Oktober 2019 di Kompleks Islam Putrajaya. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh S.S Dato’ Haji Mohamad Shukri bin Mohamad, Mufti Negeri Kelantan dan 10 ahli terdiri daripada mufti dan ahli akademik yang dilantik mengikut kepakaran bidang masing-masing.
 
Sebanyak 4 kertas hukum dan tiga garis panduan telah dibentangkan dalam mesyuarat yang berlangsung selama dua hari. Antara yang telah dibentangkan ialah Garis Panduan Perhotelan dan Pelancongan Berasaskan Maqasid Syariah, Garis Panduan Perkhidmatan Taska Berasaskan Maqasid Syariah dan Kedudukan al-Quran Braille.
 
Fungsi PPS adalah untuk meneliti hasil kajian dan memberi pandangan hukum atau maklumbalas bagi isu-isu berkaitan syariah. PPS juga berfungsi sebagai badan yang akan memberi pandangan pakar secara kolektif kepada Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Islam(MKI) bagi sesuatu isu berkaitan hukum hakam bersifat nasional yang dirujuk kepada pihak Jakim selaku urus setia kepada MKI.
 
MESYUARAT PANEL PAKAR SYARIAH KALI KE 101 1
 
MESYUARAT PANEL PAKAR SYARIAH KALI KE 101 2
 
MESYUARAT PANEL PAKAR SYARIAH KALI KE 101 3
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370