Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Mesyuarat Panel Pakar Hadith Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Kali Pertama Tahun 2022

Putrajaya, 30 Mac 2022 bersamaan 27 Syaaban 1443H - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelidikan telah mengadakan Mesyuarat Panel Pemikir Hadith secara telesidang bertempat di Bilik Mesyuarat Utama JAKIM Aras 8, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.

Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin Bin Suhaimee, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM yang mewakili YBhg. Datuk Hajah Hakimah binti Mohd Yusoff, Ketua Pengarah JAKIM. Mesyuarat kali pertama yang diadakan ini setelah Pusat Penyelidikan Hadith ditubuhkan pada 24 November 2021 dan Panel Pemikir Hadith dilantik secara rasmi pada 1 Januari 2022. Mesyuarat ini disertai seramai enam orang Panel Pemikir hadith JAKIM yang dilantik. Puan Nor Safina binti Zainal Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM selaku Setiausaha Panel telah membentangkan kertas taklimat dan cadangan program-program serta aktiviti dalam memartabatkan peranan hadith dalam kehidupan dan pembangunan ummah.

Mesyuarat kali pertama ini mendapat lontaran idea dan cadangan yang sangat bernas untuk terus digerakkan oleh Bahagian Penyelidikan JAKIM ke arah memartabatkan kedudukan Hadith sebagai sumber hukum kedua selepas Al-Quran Al-Karim.

Mesyuarat Panel Pakar Hadith JAKIM 1 2022 1

Mesyuarat Panel Pakar Hadith JAKIM 1 2022 2
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 30
  • Yesterday 26
  • This Week 30
  • This Month 330
  • This Year 368