Berita
Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil.1/2020
6 Februari 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan Mesyuarat Ketua Pendakwa Syarie Seluruh Malaysia Bil. 1/2020 bertempat di Bilik Mesyuarat Ar-Rasyid, Aras 7, Blok A, Kompleks Islam Putrajaya.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah BPPPS iaitu YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee dan dihadiri oleh semua Ketua Pendakwa Syarie Negeri seluruh Malaysia. Objektif utama mesyuarat ialah menyelaras fungsi dan dasar pendakwaan syariah selaras dengan kehendak maqasid syariah ke arah pembentukan gagasan Rahmatan Lil-'Alamin. Di samping itu, mesyuarat tersebut juga telah dapat menyelaraskangerak kerja dan aktiviti tahunan pendakwaan syariah seluruh Malaysia.
Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 49
- Yesterday 26
- This Week 49
- This Month 349
- This Year 387