Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan/ Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia Kali Kedua

Sepang, Selangor - Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Dato’ Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, telah mempengerusikan Mesyuarat Ketua Jabatan (MKJ), Kali-2 yang telah diadakan pada 19 Mac 2025.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBrs. Dr. Mohamad Kori Jusoh, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM dan YBhg. Kolonel Datuk Haji Mohd Ajib bin Ismail, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM dan diurussetiakan oleh Bahagian Keurusetiaan dan Hubungan Luar JAKIM.
Ahli – ahli mesyuarat terdiri daripada wakil Majlis Agama Islam Negeri (MAIN), Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN), agensi-agensi di bawah YB Menteri dan pegawai-pegawai kanan JAKIM.

Wadah MKJ ini amat penting dalam memainkan peranan untuk memastikan penyelarasan di peringkat dasar dan teknikal berkaitan hal ehwal Islam dapat berjalan dengan lancar.

Dalam mesyuarat ini juga, Ketua Pengarah JAKIM turut memberi penekanan bahawa dalam memastikan setiap agenda dan perancangan yang disusun dapat dicapai, ruang dan peluang untuk melakukan penambahbaikan perlu sentiasa dicari.

Ianya amat selari dengan pesanan oleh YAB Perdana Menteri yang mengingatkan agar semua penjawat awam ‘itqan fil amal’ yang dapat dirumuskan sebagai kecekapan atau ‘striving for excellence’.

Negara perlu diurus tadbir dengan baik, tatakelola mesti dimantapkan, ketirisan dan rasuah mesti dibanteras, nescaya Malaysia akan memperoleh penghormatan sebagai sebuah negara yang berdaulat, merdeka dan berwibawa.

Ketua Pengarah JAKIM turut mengucapkan terima kasih di atas kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh semua ahli mesyuarat selama ini. Beliau berharap agar semua pihak terus bersemangat tinggi dan bekerja dengan penuh dedikasi demi mencapai al-Falah serta merealisasikan aspirasi Malaysia MADANI.

NBK 7206

NBK 7004

NBK 6978

NBK 7025

NBK 7058

NBK 7113

NBK 7128

NBK 7214 1


Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357