Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Keharmonian Antara Penganut Agama (Harmoni) Bilangan 2 Tahun 2026 Perkukuh Peranan Strategik Dan Pengurusan Isu Sentimen Agama

Kurator Berita : Bahagian Penyelidikan

PUTRAJAYA, 1 September 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Keharmonian Antara Penganut Agama (HARMONI) Bilangan 2 Tahun 2026 bertempat di Dewan Syura A, JAKIM.

Mesyuarat strategik ini telah dipengerusikan bersama oleh YBhg. Dato’ Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara (KPN) dan YBrs. Tuan Haji Muhyidin bin Aziz@Saari, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM yang mewakili Ketua Pengarah JAKIM. Sesi ini turut dihadiri barisan kepimpinan kanan JAKIM, KPN, JPNIN, IKIM, Cawangan Khas PDRM Bukit Aman serta wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pelbagai agama.

Antara intipati utama mesyuarat:

Menterjemah Sinergi Strategik & 4 Dimensi Utama: Pengerusi Bersama JAKIM menggariskan komitmen kukuh JAKIM dan KPN dalam memastikan pengurusan keharmonian negara berpaksikan Perlembagaan Persekutuan. Jawatankuasa Teknikal diperkasakan peranannya menerusi 4 dimensi: pengesanan awal & penilaian risiko, penyelarasan maklumat & tindakan, pencegahan & penyelesaian, serta pembinaan daya tahan masyarakat agar keharmonian dinilai melangkaui acara ritual/fizikal kepada impak penyelesaian sebenar.

Penelitian Dinamika Sentimen Agama Semasa: Cawangan Khas PDRM membentangkan analisis risiko berkaitan pola manipulasi isu 3R (Agama, Kaum, Institusi Diraja) dan isu sensitif rumah ibadat di media sosial bagi memperkukuh tindakan awal bersepadu (Whole-of-Government Approach) antara agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa agama.

Saringan Kertas Cadangan & Makluman: Sebanyak 9 kertas pembentangan diperhalusi merangkumi cadangan projek penerbitan buku meja kopi nilai bersama, inisiatif belia, pengukuhan institusi keluarga era digital, serta pelaporan kejayaan persidangan peringkat kebangsaan dan antarabangsa seperti The 3rd International Summit of Religious Leaders 2026 anjuran JAKIM dan Muslim World League (MWL).

JAKIM terus komited bekerjasama erat dengan KPN dan seluruh pemegang taruh ke arah memelihara kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan di samping menjamin keamanan serta perpaduan masyarakat majmuk selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

#JAKIM#KPN #JawatankuasaHARMONI #HarmoniMADANI #MalaysiaMADANI #PerpaduanNegara #IslamMemimpinPerpaduan

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357