Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah MKI Kali Ke-129 Bersidang Di Pulau Pinang

BAYAN LEPAS, 27 JANUARI 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menganjurkan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) Kali Ke-129 bertempat di Hotel Iconic Marjorie, Pulau Pinang. Persidangan yang bermula pada 26 hingga 29 Januari 2026 ini menghimpunkan barisan para mufti seluruh Malaysia dan tokoh akademik serta pakar-pakar dalam pelbagai bidang teknikal dan sains bagi membincangkan, meneliti dan memutuskan pandangan hukum mengenai isu-isu kontemporari yang semakin kompleks demi menjamin kemaslahatan umat Islam di Malaysia secara syumul dan holistik.

?Melalui platform ini, sinergi kepakaran di antara JAKIM dan agensi- agensi yang terlibat digembleng bagi memastikan setiap keputusan hukum yang dikeluarkan adalah berpaksikan kepada penyelidikan yang mendalam dan fakta yang sahih seterusnya memberikan manfaat dan impak yg maksima kepada pihak kerajaan, swasta dan masyarakat awam.

MKI Kali Ke129 01

MKI Kali Ke129 02

MKI Kali Ke129 03

MKI Kali Ke129 04

MKI Kali Ke129 05

MKI Kali Ke129 06

MKI Kali Ke129 07

MKI Kali Ke129 08


Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357