Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Mesyuarat Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam Bil. 8

Putrajaya, 16 Februari 2024 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Jawatankuasa Khas Mengkaji Isu Berkaitan Dengan Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam telah mengadakan Mesyuarat kali ke – 8 yang dipengerusikan oleh Yang Amat Berbahagia Tun Dato’ Seri Zaki bin Tun Azmi selaku Pengerusi Jawatankuasa Khas / Mantan Ketua Hakim Negara.

Mesyuarat ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Setia Mohd Zawawi bin Salleh, Mantan Hakim Mahkamah Persekutuan, YAD Dato' Setia Haji Salehuddin bin Saidin, Anggota Majlis Agama Islam Selangor dan beberapa ahli jawatankuasa yang dilantik.

Mesyuarat secara mingguan ini diadakan bertujuan untuk memastikan kajian yang komprehensif dibuat berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) untuk menggubal undang-undang Islam serta bidang kuasa mahkamah Syariah sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Butiran 1 Senarai II-Senarai Negeri, Jadual Kesembilan Perlembagaan Persekutuan.

1

2

3

4

5

6
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370