Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Memperkasa PPA: Penggubalan Model SOP Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Siri 1

21 Januari 2021 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) secara julung kalinya telah membuka lembaran takwim program BPPPS bagi tahun 2021 dengan mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Penyemakan Dan Penggubalan Model Standard Operating Procedure (SOP) Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Bil.1/2021 melalui persidangan video bersama Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama (KPPA) seluruh Malaysia, wakil dari Jabatan Penjara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Bahagian Penyelidikan JAKIM.

Mesyuarat yang telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS itu telah membincangkan beberapa perkara berkaitan memperkasakan institusi penguatkuasaan dari aspek pengurusan kerja melalui sistem e-jinayat dan juga penggubalan Standard Operating Procedure (SOP) secara selaras dan seragam. Mesyuarat tersebut juga merupakan salah satu usaha penyelarasan yang dilaksanakan oleh JAKIM dalam perkara perundangan bagi membantu memperkemaskan dan melancarkan pengurusan perkhidmatan serta tindakan penguatkuasaan syariah yang diamanahkan kepada Pegawai Penguat Kuasa Agama Seluruh Malaysia.

Penggubalan Model SOP Penguatkuasaan Undang Undang Syariah Siri 1 1
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356