Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Maqasid Syariah Dalam Tadbir Urus Kerajaan: Dr Mujahid.

 

LABUAN, 19 Ogos – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof berkata, falsafah pentadbiran Kerajaan Baharu adalah berdasarkan falsafah dan lunas-lunas Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan visi yang telah dibawa oleh para pejuang negara serta agenda reformasi pembangunan yang progresif dan demokratik.

            Beliau berkata, ia selari dengan realiti zaman moden dan mendepani cabaran-cabaran akan datang dan matlamat ini terangkum dalam Maqasid Syariah yang memberi rahmat dan keadilan untuk seluruh rakyat Malaysia.

           “ Lima prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga agama, nyawa, akal, keturunan dan harta menjadi asas kukuh dalam mentadbir urus sesebuah Negara dan sifat-sifat inklusif yang terkandung dalam Maqasid Syariah dapat memastikan kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia dapat dicapai”, katanya.

         Beliau berkata demikian pada Program Town Hall Rahmatan Lil ‘Alamin dan Pelancaran Program Dakwah Kawasan Operasi Peringkat Kementerian Pertahanan Malaysia di Dewan Darul Kifayah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Labuan. Pada waktu yang sama beliau yakin Maqasid Syariah akan dapat diguna pakai dalam semua urus tadbir Kerajaan Persekutuan.

            Program yang dianjurkan oleh JAKIM dengan kerjasama Kementerian Pertahan Malaysia (KEMENTAH) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan telah dihadiri lebih 600 orang yang terdiri daripada pengurusan tertinggi warga Kementerian Pertahanan, Ketua-ketua Jabatan, anggota tentera yang bertugas di Labuan,para pemimpin masyarakat, kakitangan kerajaan dan swasta serta Agensi-agensi Agama di Wilayah Persekutuan Labuan.
 
 
LABUAN 1
 
 
LABUAN 3
 
 
LABUAN 7
 
 
LABUAN 13
 
 
 
LABUAN 18
 
 
LABUAN 17 copy
 
 
LABUAN 11
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 35
  • Yesterday 26
  • This Week 35
  • This Month 335
  • This Year 373