Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Majlis Pra Pelancaran Malaysia Halal Expo 2019

CYBERJAYA, 08 Januari -Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) telah mengadakan Majlis Pra Pelancaran Malaysia Halal Expo 2019 bertempat di CoWorking Space, Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC), Cyberjaya hari ini.

Majlis yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof, Menteri Pembangunan Usahawan tersebut turut dihadiri YB Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Ramli, Timbalan Menteri, kementerian berkenaan dan beberapa orang wakil agensi-agensi kerajaan termasuk dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang diwakili oleh YBrs. Ustaz Mohd Asri Abdullah.

Program Malaysia Halal Expo (MHE) 2019 anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan ini turut disokong oleh SME Corp dengan kerjasama strategik JAKIM, Kementerian Belia dan Sukan dan Persatuan Institusi Perbankan Islam Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 24-26 Januari 2019 bertempat di Kuala Lumpur Convention Centre.

Ekspo ini antara lain bertujuan untuk menarik Industri-industri halal meluaskan pasaran ke negara luar khususnya Jepun sempena Temasya Olimpik 2020.

Kemaskini lanjut berkaitan ekspo halal terbesar ini boleh diikuti di laman facebook Malaysia Halal Expo 2019 https://m.facebook.com/mhe2019/ dan laman rasmi Kementerian Pembangunan Usahawan www.med.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#HalalMalaysiaConnectingTheWorld

#mhe2019

#mys2japan

HALAL EXPO 2019 UTAMA 08012019

EXPO HALAL 08012019

EXPO HALAL 2019 08012019 2

EXPO HALAL 2019 08012019 3

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370