Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

MAJLIS PERHIMPUNAN AGENSI DI BAWAH MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI (AGAMA) TAHUN 2020

Putrajaya, 13 Januari  – Yang Berhormat Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Bin Yusof telah menyempurnakan Majlis Perhimpunan Agensi Di Bawah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Tahun 2020 hari ini bertempat di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya. Majlis  ini melibatkan lebih kurang 700 orang pegawai dan kakitangan yang bernaung di bawah 14 agensi-agensi Agama Jabatan Perdana Menteri. 
 
Dalam ucaptama beliau, YB Menteri mengingatkan kepada kakitangan agar menjalankan tugas yang di amanahkan serta sentiasa bekerjasama menjayakan perancangan dan keputusan-keputusan yang telah dibuat oleh kerajaan. Ini bagi memastikan agenda Gagasan Negara Rahmah dapat dilaksanakan dengan sempurna. 
 
Dalam perhimpunan ini juga turut berlangsung acara Penyerahan Tugas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia yang baru, Dato' Paimuzi Bin Yahya serta upacara pelancaran buku "ASPIRASI PENTADBIRAN ISLAM, GAGASAN KE ARAH MASYARAKAT RAHMAH".
 
Unit Komunikasi Korporat,
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
13 Januari 2020
 
ucaptama
 
edit5
 
edit6
 
serah tugas
 
 
 
edit 7
 
edit2
 
edit 10
 
sidang media
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 40
  • Yesterday 26
  • This Week 40
  • This Month 340
  • This Year 378