Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Majlis Peluncuran Kompilasi Model Tahfiz Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT)

23 Januari 2025 – Dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai sebuah institusi tahfiz yang unggul di Malaysia, JAKIM melalui Darul Quran telah menerbitkan Kompilasi Model Tahfiz Pemberi Pendidikan Tinggi dalam bentuk e-book sebagai dokumen panduan dan rujukan khususnya kepada institusi tahfiz untuk membangun dan memperkasakan pendidikan tahfiz arus perdana.

E-book kompilasi ini telah diluncurkan oleh Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Naim bin Haji Mokhtar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dalam Majlis Amanat dan Perhimpunan Agensi di Bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama (HEA) 2025 yang diadakan di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya.

Turut hadir ke majlis ini adalah Ketua Pengarah JAKIM, YBhg. Dato' Dr. Sirajuddin b. Suhaimee, Pengarah Darul Quran JAKIM, Tn. Haji Mohd Ansarullah b. Mohd Hashim dan Ketua-Ketua Agensi Agama yang lain.

Semoga peluncuran e-book Kompilasi Model Tahfiz PPT ini dapat menyumbang dalam memperkasakan lagi institusi pendidikan tahfiz di negara ini.


MAJLIS PELUNCURAN KOMPILASI MODEL TAHFIZ PPT 01

MAJLIS PELUNCURAN KOMPILASI MODEL TAHFIZ PPT 02

MAJLIS PELUNCURAN KOMPILASI MODEL TAHFIZ PPT 04

MAJLIS PELUNCURAN KOMPILASI MODEL TAHFIZ PPT 05

MAJLIS PELUNCURAN KOMPILASI MODEL TAHFIZ PPT 06

MAJLIS PELUNCURAN KOMPILASI MODEL TAHFIZ PPT 08

MAJLIS PELUNCURAN KOMPILASI MODEL TAHFIZ PPT 08

MAJLIS PELUNCURAN KOMPILASI MODEL TAHFIZ PPT 09




Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356