Berita
Lawatan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) anjuran Bahagian Pengajian Sektor Perkhidmatan dan Pengurusan di Bahagian Hab Halal
PUTRAJAYA, 08 November – Dalam menyantuni ummah dan membawa rahmat, Bahagian Hab Halal, JAKIM terus menerima lawatan dari pelbagai pihak yang ingin mengetahui informasi berkaitan Pensijilan Halal Malaysia.
Lawatan dari agensi luar ke Bahagian Hab Halal, JAKIM yang berlangsung pagi ini melibatkan 22 orang warga dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) anjuran Bahagian Pengajian Sektor Perkhidmatan dan Pengurusan perbadanan berkenaan.
Sesi perkongsian yang berlangsung selama 2 jam bermula 9.30 pagi di Bilik Mesyuarat Aras 6, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya itu menjurus kepada penerangan berkaitan peranan dan fungsi Bahagian Hab Halal, JAKIM serta prosedur Pensijilan Halal Malaysia.
Turut bersama menyantuni lawatan kali ini ialah Ustaz Mohd Ilmy Hidayat Sabri dan Puan Emmy Farina Mansor, Penolong Pengarah, Bahagian Hab Halal, JAKIM.
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
www.halal.gov.my
www.islam.gov.my
#YakiniHalalMalaysia
#SemakSebelumSebar



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356