Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Lawatan Penanda Aras Ke Rumah Pemulihan HIV AIDS Al-Riqab Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Puchong, Serendah, Kuang 3 & 4 Februari 2022 : – Pengarah Bahagian Keluarga Sosial Dan Komuniti JAKIM Tn. Hj Mohd Norizan Abd Ghani dengan diiringi Ustaz Kamarul Nizal Idris dan Ustazah Illani Zulkifli telah mengadakan lawatan penanda aras ke rumah pemulihan Darul Ukhwah di Puchong, Baitul Islah MAIS & AADK di Serendah dan Astana Budi di Rawang.

Tujuan lawatan 2 hari ini adalah untuk melihat dan mengetahui dengan lebih mendalam berkaitan dengan pengurusan dan pengoperasian rumah-rumah pemulihan HIV AIDS yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Selangor.

Turut serta hadir dalam lawatan ini Pengerusi Jawatankuasa Al-Riqab MAIS Tan Sri Hashim Meon, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS Ustaz Suhaimi Ismail dan Ketua Unit Pemulihan Al-Riqab MAIS Ustaz Muhammad Zulhusni Abdul Rashid.

Lawatan Ke Rumah Pemulihan HIV AIDS Al Riqab MAIS 1
Bersama Ustaz Muhamad bin Abdullah pengasas Rumah Perlindungan HIV Darul Ukhwah di Kampung Tengah, Puchong.

Lawatan Ke Rumah Pemulihan HIV AIDS Al Riqab MAIS 2
Lawatan ke Pusat Pemulihan HIV Baitul Islah MAIS & AADK di Serendah, Selangor.

Lawatan Ke Rumah Pemulihan HIV AIDS Al Riqab MAIS 3
Lawatan ke rumah Persatuan Kebajikan Bina Budi Malaysia (Astana Budi) di Kuang, Rawang Selangor.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358