Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Lawatan Daripada Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Jabatan Penyiaran Malaysia (AKRAB RTM) KE KSKCARECENTRE DAN MTMZA

PUTRAJAYA, 22 OKTOBER 2024 – KSKCareCentre JAKIM yang beroperasi di aras bawah Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya menerima kunjungan dari 40 orang Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam, Jabatan Penyiaran Malaysia (AKRAB RTM). Rata-rata mereka bertugas di pelbagai Bahagian yang secara tidak langsung terlibat sebagai rakan pembimbing di lapangan masing-masing. Sesi taklimat diadakan di Anjung Ilmu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Kunjungan ini diadakan bagi mendapat maklumat dan melihat dengan lebih dekat fungsi, peranan dan operasi KSKCareCentre yang juga dikenali sebagai Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti. Para peserta lawatan tertarik dengan pendekatan khidmat nasihat yang digunakan di KSKCareCentre iaitu Kaunseling Syarie, Terapi Psikospiritual Islam dan Terapi `Ilaj Syarie. Umum mengetahui bahawa KSKCareCentre JAKIM yang telah diwujudkan sejak tahun 2018 merupakan one stop yang menyediakan perkhidmatan khidmat nasihat, bimbingan, kaunseling, terapi psikospritual Islam dan juga terapi Ilaj syarie secara percuma kepada masyarakat.

Kunjungan ini yang diketuai oleh YBrs. Dr. Sofiyyah Siew Ping, Pegawai Psikologi RTM selaku penyelaras AKRAB RTM telah disambut oleh Ustazah Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pembangunan Keluarga, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) bersama-sama pegawai-pegawai dari Bahagian KSK, JAKIM. Taklimat berkaitan pengoperasian KSKCareCentre telah disampaikan oleh Ustazah A’azah binti Awang Kechik dari Unit Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti, Bahagian KSK.

Selain itu para peserta juga turut diberi perkongsian ilmu bertajuk “Perkembangan ilmu Kaunseling Berasaskan Pendekatan Kaunseling Syarie” yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Fadhli bin Ahmat, yang merupakan salah seorang kaunselor Kaunselor KSKCareCentre JAKIM. Para peserta lawatan juga dibawa melawat sekitar Masjid Tuanku Mizan yang dipimpin oleh Encik Kamaruzaman bin Mahfar, Koordinator Da’ie Pelancongan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin seterusnya melawat KSKCareCentre bagi melihat secara dekat keperluan fasiliti yang diperlukan sebagai sebuah pusat khidmat nasihat.

Agenda penyerahan cenderahati dan sesi bergambar turut diadakan sebagai kenangan. Semoga dengan adanya sesi pertemuan sebegini antara agensi akan mengeratkan lagi hubungan strategik dalam merancang dan melaksanakan khidmat sokong bantu kepada masyarakat dalam melestarikan kesejahteraan masyarakat Madani.


Lawatan KSK 01

Lawatan KSK 02

Lawatan KSK 03

Lawatan KSK 04

Lawatan KSK 05

Lawatan KSK 06

Lawatan KSK 08

Lawatan KSK 09

Lawatan KSK 10
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357