Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

LATIHAN PROFESIONALISME PENYELIA KELAS AL-QURAN DAN FARDHU AIN (KAFA) ZON SABAH BAGI TAHUN 2018

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah telah mengadakan Latihan profesionalisme Penyelia KAFA Zon Sabah pada 25 hingga 28 Jun 2018 bersamaan 11 hingga 14 Syawal 1439H bertempat di Pusat Latihan Islam Kundasang, Sabah.

Jakim selaku Agensi Penyelaras juga bertindak sebagai pemantau pengurusan program KAFA. Kawal selia KAFA dari sudut dasar adalah di bawah pemerhatian Lembaga Penasihat Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI) sementara dari sudut operasi, pemantauan dilaksanakan melalui Penyelia KAFA yang dilantik oleh Jakim dan ditempatkan di negeri-negeri. Penyelia KAFA selaku jentera penggerak kepada agensi yang bertanggungjawab dalam memastikan pelaksanaan KAFA di negeri dibuat mengikut peraturan dan standard yang telah ditetapkan.

Sehubungan dengan itu, penganjuran program ini bertujuan bagi meningkatkan keupayaan, ilmu dan kemahiran penyelia KAFA Jakim khususnya dalam aspek pengurusan pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pengurusan sistem maklumat pendidikan iaitu SIMPENI.

Program yang berlangsung selama 4 hari 3 malam ini melibatkan seramai 39 orang penyelia KAFA dari negeri Sabah. Kursus ini merupakan kursus yang wajib diikuti oleh semua penyelia KAFA lantikan JAKIM seluruh Malaysia. Seramai 3 orang penceramah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Pendidikan Islam, Bangi dijemput khas bagi berkongsi ilmu dan kepakaran dalam pengurusan PdP kepada semua peserta.

Majlis Penangguhan program telah dirasmikan oleh YBhg. Tuan Haji Azizan bin Muhammad, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Pendidikan Islam, Bahagian Kemajuan Islam, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Hadir bersama dalam majlis ini ialah Puan Noordianah binti Haji Alwi, Penolong Pengarah Kanan dari Jakim Cawangan Sabah bagi menyampaikan ucapan alu-aluan.

 

penyelia kafa sabah 1

penyelia kafa sabah 2

penyelia kafa sabah 3

penyelia kafa sabah 4

penyelia kafa sabah 5

 

 

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357