Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Program RNR (Remaja Dan Ramadan) Bagi Kanak-Kanak Juvana Di Sekolah Henry Gurney, Melaka

MELAKA, 14 April 2023 -  Unit Bimbingan Juvana, Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM telah menganjurkan Program RnR (Remaja dan Ramadan) bagi kanak-kanak Juvana yang bertempat di Sekolah Henry Gurney, Melaka.

Perasmian program telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Turut hadir Penolong Komisioner Penjara Tuan Zan Azim bin Aziz, Pengarah Sekolah Henry Gurney, Melaka. Seramai 150 orang kanak-kanak dari Sekolah Henry Gurney  telah mengikuti program yang diadakan.

Penganjuran RnR ini amat bertepatan dengan objektif program sebagai salah satu usaha berterusan oleh pihak JAKIM bagi membantu dan membimbing komuniti delinkuen agar dapat menjauhkan diri dari terjerumus dalam aktiviti yang merosakkan masa depan mereka dengan mengutamakan pemulihan kerohanian dari aspek akidah, akhlak dan syahsiah.

Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya Slot Interaktif yang dikendalikan oleh fasilitator Al Falah Team dari Bahagian KSK, JAKIM, Slot Ceramah bertajuk “Ramadan-Syukuri Tanpa Tapi” oleh YBrs. Dr Mohd Izwan bin Md Yusof, Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib Berjemaah. Program juga turut disertai oleh penyerahan replika zakat penghuni Sekolah Henry Gurney kepada Pusat Zakat negeri Melaka dan penyerahan sijil hafazan al-Quran oleh Kolej Al-Quran Saidina Ali (KAQSA) kepada 14 orang pelajar dari Sekolah Henry Gurney yang berjaya menghabiskan hafazan al-Quran dengan baik. Di akhir program, peserta diraikan dengan tajaan daripada Syarikat Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, Syarikat Lotuss Stores (Malaysia) Sdn Bhd dan Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd.

Semoga program ini memberi manfaat dan kesedaran kepada semua peserta sebagai panduan hidup di masa hadapan demi kecemerlangan diri, keluarga dan masyarakat.

LAPORAN PROGRAM RNR REMAJA DAN RAMADAN BAGI KANAK KANAK JUVANA DI SEKOLAH HENRY GURNEY MELAKA 1

LAPORAN PROGRAM RNR REMAJA DAN RAMADAN BAGI KANAK KANAK JUVANA DI SEKOLAH HENRY GURNEY MELAKA 2

LAPORAN PROGRAM RNR REMAJA DAN RAMADAN BAGI KANAK KANAK JUVANA DI SEKOLAH HENRY GURNEY MELAKA 4

LAPORAN PROGRAM RNR REMAJA DAN RAMADAN BAGI KANAK KANAK JUVANA DI SEKOLAH HENRY GURNEY MELAKA 5

LAPORAN PROGRAM RNR REMAJA DAN RAMADAN BAGI KANAK KANAK JUVANA DI SEKOLAH HENRY GURNEY MELAKA 6

LAPORAN PROGRAM RNR REMAJA DAN RAMADAN BAGI KANAK KANAK JUVANA DI SEKOLAH HENRY GURNEY MELAKA 7

LAPORAN PROGRAM RNR REMAJA DAN RAMADAN BAGI KANAK KANAK JUVANA DI SEKOLAH HENRY GURNEY MELAKA 8

LAPORAN PROGRAM RNR REMAJA DAN RAMADAN BAGI KANAK KANAK JUVANA DI SEKOLAH HENRY GURNEY MELAKA 9

LAPORAN PROGRAM RNR REMAJA DAN RAMADAN BAGI KANAK KANAK JUVANA DI SEKOLAH HENRY GURNEY MELAKA 10

LAPORAN PROGRAM RNR REMAJA DAN RAMADAN BAGI KANAK KANAK JUVANA DI SEKOLAH HENRY GURNEY MELAKA 3






Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358