Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Takhrij Hadis

Bangi, 15 Jun - Kluster Pengurusan Hal Ehwal Islam, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Takhrij Hadis dalam talian kepada Pegawai Kader JAKIM di Agensi/ Jabatan/ Kementerian dan Pegawai JAKIM/ JAIN/ MAIN Gred 29-54 pada 15 hingga 16 Jun 2021.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada PHEI ilmu mengenalpasti kesahihan hadis dan sumbernya, mengetahui penambahan dan pengurangan di dalam teks atau matan hadis dan mencari jalur-jalur yang lain bagi hadis serta mengenalpasti kecacatan yang terdapat di dalam hadis tersebut.

Kursus ini dikendalikan oleh dua orang penceramah yang berpengetahuan luas dan berpengalaman iaitu YBrs Dr. Muhamad Hapizi bin Sulaiman, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Penyelarasan Pengajian Ijazah Darul Quran, JAKIM dan YBrs. Prof. Dr. Mohd Fauzi bin Mohd Amin, Pensyarah Fakulti Pengajian Al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Seramai 82 orang peserta telah hadir mengikuti kursus secara dalam talian yang sangat bermanfaat ini.

Semoga kursus ini berjaya memberi pendedahan ilmu, kesedaran dan kemahiran kepada para peserta untuk menguasai ilmu takhrij hadis.

Kursus Takhrij Hadis 1
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370