Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Profesionalisme : Kader Perkhidmatan Hal Ehwal Islam Gred S19 (Siri III)

kursus kader7

Bangi, 24-28 Julai 2017, Kluster Kecemerlangan Kepimpinan Islam, ILIM telah menganjurkan Kursus Profesionalisme Kader Perkhidmatan Hal Ehwal Islam bagi Gred S19 siri yang ke 3 pada 24 hingga 28 Julai 2017 bertempat di ILIM, Bangi.  Kursus yang dijalankan selama 5 hari ini melibatkan seramai 33 orang peserta kader JAKIM dari Jabatan Penjara Malaysia dan Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM.

Objektif kursus ini diadakan adalah untuk membentuk pegawai kader Jakim yang berketrampilan dari aspek sahsiah dan rohani.  Ianya juga bagi melahirkan pegawai kader yang profesional dan mampu memberi perkhidmatan yang berkualiti selaras dengan keperluan kerjaya, masyarakat dan negara.

Kursus ini menekankan beberapa modul utama hal ehwal Islam dan dikendalikan oleh beberapa orang penceramah dan fasilitator yang berpengalaman antaranya :

  1. Penampilan dan Jati Diri/Integriti
    Ustaz Mohd Zaidi bin Ramli
    Ketua Penolong Pengarah Kanan
    Bahagian Dakwah
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

  2. Peranan Pegawai Kader Sebagai Agen Dakwah
    Ustaz Azhar bin Tuamo
    Ketua Penolong Pengarah
    Bahagian Pembangunan Insan & Inovasi Seranta Felda
    Jabatan Perdana Menteri

  3. Ustaz Azhar bin Yahya
    Ketua Jabatan Muamalat
    Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad, Gombak

  4. Ustaz Eizzul A'ala bin Bajuri
    Ketua Penolong Pengarah Kanan
    Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard PDRM

  5. Ustaz Amru Al-Haz Bin Adnan
    Ketua Penolong Pengarah
    Masjid Negara, Kuala Lumpur
    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

  6. Ustaz Mohd Zulkifli Bin Makhtar
    Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan
    Darul Quran

  7. Ustaz Abdul Halim Bin Zakaria
    Penceramah Bebas

Adalah diharapkan agar kursus ini dapat melahirkan pegawai kader Jakim yang berilmu, berkemahiran dan berdaya saing yang mampu memberi sumbangan dalam pembangunan ummah.

 

kursus kader1  kursus kader2

kursus kader3  kursus kader5

kursus kader6  kursus kader8

kursus kader9  kursus kader10

kursus kader11  kursus kader12

kursus kader4

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357