Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Pendidikan Guru KAFA Bagi Instrumen Pemetaan Konsep

Bahagian Pendidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah siap membina modul pentaksiran Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA) pada tahun 2020. Bagi memastikan modul ini dapat dilaksanakan dengan berkesan, sebanyak 2 siri Kursus Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Pendidikan Guru KAFA Bagi Instrumen Pemetaan Konsep (Concept Mapping) telah diadakan pada 6-7 Mac dan 13-14 Mac 2021 bertempat di JAKIM, Kompleks Islam Putrajaya. Tujuan kursus ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan dan latihan berkaitan kaedah pentaksiran KAFA yang akan diperkenalkan nanti.

Peserta kursus pula terdiri daripada guru-guru KAFA Integrasi Jannatul Firdaus yang mana mereka akan dilatih untuk menjadi pembimbing latihan (jurulatih utama) pada masa akan datang. Manakala modul yang digunakan dalam kursus ini ialah modul bagi instrumen pemetaan konsep (concept mapping).

Perasmian penutup kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Dr Lokman bin Ab Rahman, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti yang menjalankan tugas Pengarah Bahagian Pendidikan JAKIM. YBrs. Tuan Pengarah mengharapkan agar semua guru KAFA dapat menjadikan pentaksiran KAFA sebagai salah satu medium untuk menghidupkan pentaksiran dan mengaktifkan pembelajaran dalam diri para pelajar.

Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Guru KAFA Bagi Instrumen Pemetaan Konsep 1

Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Guru KAFA Bagi Instrumen Pemetaan Konsep 2

Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Guru KAFA Bagi Instrumen Pemetaan Konsep 3

Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Guru KAFA Bagi Instrumen Pemetaan Konsep 4

Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Guru KAFA Bagi Instrumen Pemetaan Konsep 5

Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Guru KAFA Bagi Instrumen Pemetaan Konsep 6

Peningkatan Kompetensi Pentaksiran Guru KAFA Bagi Instrumen Pemetaan Konsep 7
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358