Berita
Kursus Pengurusan Program Latihan Secara Atas Talian
Bangi,4 Disember 2020 - Cawangan Pembangunan Kompetensi dengan kerjasama Unit Teknologi Maklumat, Cawangan Khidmat Pengurusan, Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Kampus Utama Bangi telah mengadakan Kursus Pengurusan Program Latihan Secara Atas Talian bertempat di Bilik Mesyuarat Uthman Ibn Affan, Blok Pentadbiran, ILIM. Objektif kursus ini antaranya adalah untuk meningkatkan kemahiran penyelaras dan urusetia kursus dalam mengendalikan kursus kursus/latihan secara atas talian dengan menggunakan aplikasi webinar yang bersesuaian, di samping melatih pegawai menggunakan infografik untuk reka bentuk dokumen risalah, banner dan bahan-bahan serta mengakses bahan berkaitan untuk promosi serta sebagai bahan pengajaran dan pemudah cara.
Kursus yang telah berlangsung secara hybrid ini telah dihadiri oleh seramai 60 orang peserta yang terdiri dari pegawai dan kakitangan ILIM Kampus Utama Bangi dan Kampus Cawangan. Slot ceramah dan sesi simulasi telah disampaikan oleh Cik Suhairina binti Sudirman, Penolong Pengarah Kanan, Unit Teknologi Maklumat, ILIM Kampus Utama Bangi.
Secara keseluruhan, kursus ini sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada peserta tentang kaedah dan cara bagi mengendalikan program/kursus/bengkel secara atas talian untuk membiasakan peserta dalam mengendalikan program pada tahun 2021 mengikut norma baharu. Diharapkan juga dengan adanya pengetahuan-pengetahuan seperti ini, para peserta dapat meningkatkan lagi kemahiran serta membudayakan norma baharu ini dalam tugasan seharian.




Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356