Berita
Kursus Pengurusan Masjid 2019
BANGI, 25 Julai 2019 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam(KKPHEI), telah menganjurkan Kursus Pengurusan Masjid pada 23 hingga 25 Julai 2019 di Bilik Kuliah Al-Biruni, ILIM Kampus Utama.
Kursus tersebut bertujuan memberi pengetahuan kepada peserta mengenai kaedah pengurusan masjid, meningkatkan kemahiran peserta dalam mengurus dan mentadbirkan masjid serta meningkatkan kesedaran dan mengubah sikap peserta terhadap kepentingan menguruskan masjid selaras dengan tuntutan Islam.
Seramai 17 orang peserta dari pelbagai agensi dan orang awam telah menyertai kursus tersebut. Dalam program ini, peserta telah didedahkan berkaitan pengurusan organisasi masjid, pengurusan fizikal dan kakitangan masjid, etika pengurusan masjid, peruntukan akta, enakmen, ordinan dan undang-undang berkaitan pengurusan serta pengurusan pengimarahan di masjid.
Sila berkunjung ke laman Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.

Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356