Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

KURSUS PENGUKUHAN PASUKAN JAKIM: MEMPERKASA BUDAYA KERJA BERPASUKAN

SUNGAI PETANI, pada tanggal 19 hingga 21 Februari 2018, pegawai-pegawai kanan Sektor Dasar Jakim yang diketuai oleh YBhg. Datuk Haji Mohamad Nordin bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah Dasar telah bermukim di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) Kampus Wilayah Utara bagi tujuan memperkasa budaya kerja berpasukan merealisasi aspirasi jabatan.

Antara objektif pelaksanaan kursus ini ialah mempertingkatkan persefahaman dan sikap saling menghormati setia-kawan; memahamai peranan dan nilai kepimpinan dalam pasukan untuk mencapai kecemerlangan organisasi; memahami kepentingan komunikasi berkesan; mengaplikasikan kemahiran dalam kaedah pemikiran strategik dan penyelesaian masalah secara kreatif untuk mengatasi isu-isu serta konflik dalam pasukan dengan berkesan; dan memperkukuhkan budaya kerja berpasukan.

Kursus ini dimulakan dengan Amanat Aspirasi Dasar Jakim oleh YBhg. Datuk Timbalan Ketua Pengarah Dasar yang menggariskan 7 way forward iaitu future thinking; scenario planning; big data; technology/digitalization; business model have to change; prepare to competitive services dan NBOS. Penerapan elemen ini akan membawa kejayaan kepada jabatan dalam menghadapi cabaran baharu masa kini.

Kursus ini telah dihadiri seramai 51 orang pegawai terdiri daripada Pengarah Bahagian, Imam Besar, Ketua Penolong Pengarah dan Penolong Pengarah Kanan dari semua bahagian di bawah Sektor Dasar Jakim, dan dibantu oleh dua orang urus setia daripada Bahagian Kemajuan Islam.

Pelbagai modul telah dilaksanakan oleh pihak fasilitator INTURA yang berfokuskan team building. Semua peserta telah memberi kerjasama yang cemerlang dalam menjayakan setiap aktiviti yang dijalankan. Banyak perkara telah dipelajari dan diperolehi sepanjang 3 hari pemukiman ini. Semoga pasukan ini terus bersemangat menabur bakti kepada agama, bangsa dan negara.

 

Retreat Sektor Dasar 1

Retreat Sektor Dasar 3

Retreat Sektor Dasar 5

Retreat Sektor Dasar 6

Retreat Sektor Dasar 4

 

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356