Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Pemantapan Integrasi ICT Dalam PDP KAFA Daerah Limbang Siri 2

LAWAS, 3 Julai – Kepentingan ilmu ICT dalam penyampaian pembelajaran memberi kesan yang mendalam dari aspek penerimaan sesuatu maklumat oleh pelajar. Oleh yang demikian, Insitut Latihan Islam Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Kampus Lawas melalui Unit Pembangunan Insan telah mengadakan Kursus Pemantapan Integrasi ICT Dalam PDP KAFA Daerah Limbang Siri 2 pada 2 hingga 3 Julai 2022. Program tersebut telah disertai seramai 40 orang peserta yang terdiri daripada Guru KAFA Daerah Limbang.

Objektif kursus ini diadakan untuk mendedahkan kepada para peserta mengenai teknik dan mempelbagaikan cara pengajaran dan pembelajaran berasaskan penggunaan teknologi maklumat semasa untuk menarik minat dan perhatian serta kefahaman anak murid di dalam kelas.

Kursus ini telah dikendalikan oleh dua (2) orang penceramah yang dijemput dari Kementerian Pendidikan Malaysia, Bahagian Limbang iaitu Puan Seniah binti Luwi dan Puan Husnazilah binti Rashidi. Antara perkongsian ilmu yang disampaikan kerpada peserta ialah Asas dan Teori serta Praktikal Penggunaan Microsoft Word, Microsoft Power Point, Praktikal Penggunaan Microsoft Excel dan Penggunaan Canva.

Semoga dengan terlaksananya kursus ini diharap dapat membantu Guru KAFA menjalankan tugas dengan lebih efisien dan pelbagai dalam memberi pendidikan yang terbaik kepada anak murid.

Kursus Pemantapan Integrasi ICT Dalam PDP KAFA Daerah Limbang Siri 2 1

Sumber berita : https://ilim.islam.gov.my/ms/berita/1034-kursus-pemantapan-integrasi-ict-dalam-pdp-kafa-daerah-limbang-siri-2

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356