Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial Dan Komuniti (PKKSK) Tahun 2024

KOTA BHARU, 28 - 29 OKTOBER 2024 – Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) dan Jabatan Agama Islam Johor (JAINJ) telah menganjurkan Kursus Pemantapan Fasilitator Pusat Khidmat Keluarga, Sosial dan Komuniti (PKKSK) Tahun 2024 bertempat di IBIS Style Hotel Kota Bharu Kelantan.

Kursus dua hari ini melibatkan penyertaan seramai 50 orang dalam kalangan fasilitator PKKSK/KSKCareCentre di bawah seliaan JAHEAIK dan JAINJ yang memberi fokus kepada kemahiran modul Pendidikan Kanak-kanak dan modul Pembangunan Remaja. Objektif yang ditetapkan agar semua peserta dapat berkomunikasi dan berinteraksi secara berkesan dengan remaja dan kanak-kanak serta menerangkan strategi dalam memberi khidmat nasihat dan bimbingan bagi menangani isu gangguan media sosial dan seksual.

Perkongsian ilmu yang disampaikan oleh penceramah jemputan yang juga merupakan penggubal modul yang pakar dalam bidang masing-masing telah membuka minda para peserta dalam mempersiapkan ilmu dan kemahiran dalam proses tolong bantu kepada kumpulan sasar dengan cara yang terbaik. Tiga (3) orang penceramah telah dijemput khas bagi menyampaikan perkongsian ilmu iaitu Prof. Madya Dr. Haji Md Noor bin Haji Saper, Pensyarah Bimbingan dan Kaunseling Fakulti Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Madya Dr. Zuraidah binti Abdullah, Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan Dr. Nik Normaniza binti Nik Man, Pakar Perubatan Kesihatan Awam Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YABrs. Dr. Hasnan bin Haji Ramli, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan. Hadir bersama Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian KSK JAKIM, Encik Muhammad Firdaus bin Sulaiman Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Keluarga dan Sosial JAINJ serta pegawai dan kakitangan JAKIM, JAHEAIK dan JAINJ. Diharap jalinan kerjasama antara agensi seumpama ini dapat diteruskan di masa hadapan.

PKKSK 1

PKKSK 2

PKKSK 3

PKKSK 4

PKKSK 5

PKKSK 6

PKKSK 7

PKKSK 8

PKKSK 9
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357