Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Pemahaman Prosedur Kes-Kes Kekeluargaan di Mahkamah Syariah

BANGI, 18 Julai 2019 – Kluster Kepakaran Pengurusan Hal Ehwal Islam (KKPHEI), telah menganjurkan Kursus Pemahaman Prosedur Kes-kes Kekeluargaan Di Mahkamah Syariah pada 16 hingga 18 Julai 2019 di Bilik Kuliah Al- Biruni, ILIM Kampus Utama.

Kursus tersebut bertujuan meningkatkan kefahaman peserta mengenai prosedur kes-kes di mahkamah syariah, melahirkan pegawai-pegawai agama yang mahir dalam bidang kekeluargaan islam dan memperkenal sistem dan prosedur serta pengurusan mahkamah syariah di Malaysia kepada masyarakat.

Seramai 26 orang peserta terdiri dari pegawai dan kakitangan Jabatan Agama Islam Negeri dan pelbagai agensi telah menyertai kursus tersebut.

Dalam program ini, peserta telah diberi pengenalan berkaitan pengurusan kes-kes mal, penerangan berkenaan sistem perundangan dan kehakiman mahkamah syariah di Malaysia, prosiding perbicaraan, jenis-jenis perintah dan penyelesaian kes melalui sulh. Peserta juga turut membuat kajian kes-kes di mahkamah syariah.

Sila berkunjung ke laman Sistem Maklumat Latihan Bersepadu ILIM di itis.islam.gov.my untuk mendapatkan info lanjut mengenai latihan yang ditawarkan di kampus-kampus ILIM seluruh Malaysia.

Kursus Pemahaman Prosedur Kes Kes Kekeluargaan di Mahkamah Syariah

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356