Berita
Kursus Pascaperkahwinan Islam Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Perak Tahun 2026
TAIPING, PERAK, 14-16 OGOS 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Perak 2026 pada 14 hingga 16 Ogos 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Hotel Seri Warisan, Taiping, Perak. Peserta kursus terdiri daripada masyarakat awam seramai 40 orang (20 pasang suami isteri) yang terpilih dan dalam lingkungan usia perkahwinan 6 tahun ke atas di setiap daerah di negeri Perak. Kursus ini bertujuan untuk untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.
Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr. Nurfhadilah bt. Ludin, Pegawai Perubatan dari Klinik Kesihatan Rembau, Negeri Sembilan dan Pengurusan Kewangan Keluarga oleh En. Muaz Mahpuzillah selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Manakala slot Motivasi dan Pengurusan Psikologi disampaikan oleh Tuan Haji Mohd Noor Ikhram bin Husin, Kaunselor Berdaftar dan Slot Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga oleh Dr. Abdul Muhaimin bin Mahmood, Penolong Pengarah Kanan JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam JAKIM terlatih iaitu En. Zainuddin bin Othman dan En. Afifuddin Abdulmuiz bin Hamid.
Majlis Penangguhan kursus telah disempurnakan oleh YBrs.Tuan Haji Mohd Kamal bin Mohamad Noor, Ketua Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk Negeri Perak dan ucapan aluan di sampaikan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan mewakili Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Sehati Sejiwa Peringkat Negeri Perak 2026. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.







Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 32
- Yesterday 26
- This Week 32
- This Month 332
- This Year 370