Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Selangor 2026

Kurator Berita : Bahagian Keluarga, Sosial Dan Komuniti

SHAH ALAM, SELANGOR, 31 JULAI- 2 OGOS 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Selangor  2026 pada 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di De Palma Hotel, Shah Alam, Selangor. Peserta kursus terdiri daripada masyarakat awam seramai 40 orang (20 pasang suami isteri) yang terpilih dan dalam lingkungan usia perkahwinan antara 21 tahun ke atas di setiap daerah di negeri Selangor. Kursus ini bertujuan untuk  untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr. Junita Harizon binti Aris, Pegawai Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Ampang dan Pengurusan Kewangan Keluarga oleh En. Mohd Khairil Ashraf Mohamad Karid selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Manakala slot Motivasi dan Pengurusan Psikologi disampaikan oleh Puan Yuhaniz binti Mohd Yusop, Kaunselor Berdaftar dan Slot Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga  oleh Dr. Abdul Muhaimin bin Mahmood, Penolong Pengarah Kanan JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam JAKIM terlatih iaitu En. Hasli bin Othman dan  En. Hamdan bin Muhamad dari JAKIM.

Majlis Penangguhan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan mewakili Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Syurga Cinta Peringkat Negeri Selangor 2026. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370