Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Johor 2026

PENGERANG, JOHOR, 12-14 JUN 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti (KSK) dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) telah mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Johor 2026 pada 12-14 Jun 2026 (Jumaat hingga Ahad) bertempat di Lotus Seaview Resort, Pengerang, Johor. Peserta kursus adalah seramai 18 pasangan suami isteri (36 orang) yang terdiri daripada msyarakat awam dan pasangan masing-masing di setiap daerah di negeri Johor. Kursus ini bertujuan untuk  untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga oleh Dr Norhasimah binti Ismail, Pesara Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pengurusan Kewangan Keluarga oleh Pn. Junainah binti Ahmad Esa selaku Speaker dari Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). Manakala slot Motivasi dan Pengurusan serta Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga  disampaikan oleh Tuan Haji Mohd. Nasri bin Rahman, Kadi Daerah Muar, Johor. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  serta Qiamullail dalam program ini yang dikendalikan oleh Fasilitator Kursus Pascaperkahwinan Islam terlatih iaitu En. Muhamad Asri bin Abd Razak dan  En. Afif Aisar bin Ahmad.

Majlis Penangguhan kursus telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Yosree bin Ikhsan, Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Agama Islam Negeri Johor manakala ucapan aluan disampaikan oleh YBrs. Puan Hazizah binti Yusoff, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM. Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Fasa Semarak Kasih Peringkat Negeri Johor 2026. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.



Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Semarak_Kasih_Peringkat_Negeri_Johor_2026_01

Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Semarak_Kasih_Peringkat_Negeri_Johor_2026_02

Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Semarak_Kasih_Peringkat_Negeri_Johor_2026_03

Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Semarak_Kasih_Peringkat_Negeri_Johor_2026_04

Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Semarak_Kasih_Peringkat_Negeri_Johor_2026_05

Kursus_Pascaperkahwinan_Islam_Fasa_Semarak_Kasih_Peringkat_Negeri_Johor_2026_06
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 35
  • Yesterday 26
  • This Week 35
  • This Month 335
  • This Year 373