Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Pasca Perkahwinan Islam “Sehati Sejiwa" Peringkat Negeri Sabah 2025 Anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Dengan Kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

KOTA KINABALU, SABAH, 16-18 MEI 2025 – Tahniah diucapkan kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kerana telah berjaya mengadakan Kursus Pascaperkahwinan Islam " Sehati Sejiwa" Peringkat Negeri Sabah bertempat di Pan Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah dengan penyertaan seramai 28 orang peserta (14 pasangan suami isteri).

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Haji Awang Juri Bin Ag. Tahir, Timbalan Pengarah (Hal Ehwal Islam) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah.. Turut diserikan lagi dengan ucapan alu-aluan daripada YBrs. Tuan Haji Mohd Norizan bin Abd Ghani, Pengarah Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti JAKIM.

Objektif program ini adalah untuk memperkukuh dan memantapkan hubungan suami isteri dengan nilai-nilai kekeluargaan agar dapat membentuk keluarga yang sakinah, mawaddah wa rahmah. Peserta juga diberikan panduan dan tips  bagi mengatasi konflik di dalam rumah tangga dengan  meningkatkan pelbagai kemahiran yang relevan untuk membangunkan keluarga Islam yang berakhlak mulia.

Sepanjang program ini, peserta diberikan pemantapan ilmu berkaitan Pengurusan Kesihatan Keluarga, Pengurusan Kewangan Keluarga, Motivasi dan Pengurusan Psikologi serta Ibadah dan Pengurusan Stres dalam Rumah Tangga berdasarkan Modul Pascaperkahwinan Islam,  JAKIM. Terdapat juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) dengan slot Kenali Diri, Masam-Masam Manis, Azam dan Aku Janji  serta Qiamullail dalam program ini.

Syabas dan tahniah kepada semua peserta Kursus Pasca Perkahwinan Islam Peringkat Negeri Sabah 2025. Semoga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

KURSUS PASCA PERKAHWINAN ISLAM SEHATI SEJIWA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025 01

KURSUS PASCA PERKAHWINAN ISLAM SEHATI SEJIWA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025 02

KURSUS PASCA PERKAHWINAN ISLAM SEHATI SEJIWA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025 03

KURSUS PASCA PERKAHWINAN ISLAM SEHATI SEJIWA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025 04

KURSUS PASCA PERKAHWINAN ISLAM SEHATI SEJIWA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025 05

KURSUS PASCA PERKAHWINAN ISLAM SEHATI SEJIWA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025 06

KURSUS PASCA PERKAHWINAN ISLAM SEHATI SEJIWA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025 07

KURSUS PASCA PERKAHWINAN ISLAM SEHATI SEJIWA PERINGKAT NEGERI SABAH 2025 08








Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 30
  • Yesterday 26
  • This Week 30
  • This Month 330
  • This Year 368