Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Lanjutan Guru Pendidikan Khas Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) Masalah Penglihatan Tahun 2023

Unit Latihan, Cawangan Jaminan Kualiti, Bahagian Pendidikan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengadakan Kursus Lanjutan Guru Pendidikan Khas Kelas Al-Quran Dan Fardu Ain (KAFA) Masalah Penglihatan Tahun 2023 (14 - 17 Mac 2023) bertempat di ILIM Kampus Utama Bangi pada 14 hingga 17 Mac 2023.
Kursus yang bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang ini telah dihadiri oleh peserta yang terdiri daripada 26 orang guru KAFA Murid Berkeperluan Khas (MBPK) masalah penglihatan daripada 12 buah sekolah yang telah dilantik sebagai Penyelaras berita KAFA mewakili 14 negeri seluruh negara. Objektif bengkel yang didakan ini adalah bertujuan melaksanakan latihan yang berterusan kepada guru2 mbpk khususnya yang mengajar masalah penglihatan, memberi pendedahan dan pemahaman kepada guru berkaitan kod baru penulisan quran braille, memantapkan ilmu berkaitan penulisan quran braille yang sedia ada dikalangan guru KAFA MBPK, mengeratkan hubungan silaturrahim sesama guru KAFA MBPK (masalah penglihatan) agar dapat membina jaringan kerjasama yang mantap dikalangan mereka, sebagai salah satu sesi ulangkaji kepada penguasaan kod braille sedia ada.

Antara yang terlibat dalam menjayakan bengkel ini ialah Penceramah Dr. Muhd Nur Adzam bin Rasdi, Prof Madya Dr. Noornajihan binti Jaafar dan Dr. Nur Atiqah binti Abd Aziz manakala fasilitator kursus ialah Anisah binti Razali, Nur Syuhaidah binti Alimar Shidi dan Rahmah Hayati binti Musa.
Diharapkan bengkel yang diadakan ini dapat membantu proses pembelajaran KAFA melibatkan murid MBPK agar dapat menguasai ilmu-ilmu al-Quran dan Fardhu Ain di seluruh negara.

Kursus Lanjutan Guru Pendidikan Khas KAFA 2023 1

Kursus Lanjutan Guru Pendidikan Khas KAFA 2023 2

Kursus Lanjutan Guru Pendidikan Khas KAFA 2023 3

Kursus Lanjutan Guru Pendidikan Khas KAFA 2023 4

Kursus Lanjutan Guru Pendidikan Khas KAFA 2023 5
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357