Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Kefahaman Islam Komuniti Hijrah

7 – 8  SEPTEMBER 2024M / WISMA IDT, WANGSA MAJU, KUALA LUMPUR

Wangsa Maju – Alhamdulillah pada 7 hingga 8 September 2024, telah berlangsung Kursus Kefahaman Islam Komuniti Hijrah di Wisma IDT, Wangsa Maju, Kuala Lumpur.

Seramai 25 orang peserta dalam kalangan komuniti hijrah telah mengikuti program ini yang merupakan anjuran bersama JAKIM dan Interactive Dakwah Tarbiah (IDT).

Para peserta telah didedahkan dengan beberapa tajuk berkenaan aqidah, ibadah dan akhlak seperti hadith 40, ciri-ciri orang beriman, kaedah menghadapi cabaran dalam kehidupan, jalan menuju ke syurga, konsep taubat, keaslian al-Quran dan istiqamah dalam penghijrahan yang telah disampaikan oleh panel penceramah seperti Brother Lim Jooi Soon, Ustaz Amin Yaacob dan Dr. Mohd Izwan bin Md Yusof.
Adalah diharapkan Kursus Kefahaman Islam Komuniti Hijrah ini dapat memberikan panduan kepada para peserta dalam menjalani kehidupan sebagai seorang Muslim dan Mukmin yang baik dalam mencari keredhaan Allah SWT.

Kursus Kefahaman Islam Komuniti Hijrah 01

Kursus Kefahaman Islam Komuniti Hijrah 02

Kursus Kefahaman Islam Komuniti Hijrah 03

Kursus Kefahaman Islam Komuniti Hijrah 04

Kursus Kefahaman Islam Komuniti Hijrah 05
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370