Berita
Kursus Bahasa Orang Asli (Temiar dan Semai)
Bangi, 07 Februari 2018 - Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) menerusi Kluster Pendidikan dan Pengajian Bahasa (KPPB) telah menganjurkan Kursus Bahasa Orang Asli (Temiar dan Semai) bertempat di Bilik Kuliah al-Baitar, Blok Akademik B, ILIM.
Objektif program ini adalah untuk mendedahkan dan memperkenalkan perbendaharaan kata dalam bahasa Temiar dan Semai, membolehkan peserta menyebut perkataan dalam bahasa Temiar dan Semai dengan betul serta membolehkan peserta bertutur dengan menggunakan perkataan, ungkapan dan ayat yang mudah dalam bahasa Temiar dan Semai.
Seramai 38 orang peserta terlibat dalam menjayakan kursus ini yang mana terdiri daripada pengerak masyarakat orang asli. Slot bahasa Temiar disampaikan oleh Encik Wan Masindra bin Juja dari Pejabat Agama Islam Kuala Kangsar, Perak dan slot bahasa Semai disampaikan oleh Encik Ahmad Saibani bin Masron dari Pejabat Agama Islam Tapah, Perak.
Adalah diharapkan agar kursus ini dapat memberi manfaat ke arah memartabatkan dakwah Islamiah di Malaysia.



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 18
- Yesterday 26
- This Week 18
- This Month 318
- This Year 356