Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kursus Asas Risikan : Tingkatkan Kompetensi Pegawai Penguat Kuasa Agama

Putrajaya, 8 hingga 9 Mac 2021 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) dengan kerjasama Bahagian Staf Perisikan Pertahanan, Kementerian Pertahanan Malaysia telah mengadakan Kursus Asas Risik Siri 1/2021 secara atas talian. Kursus yang telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim, Pengarah BPPPS, JAKIM ini telah dihadiri oleh 45 orang peserta yang terdiri daripada Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama dan Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) dari Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) seluruh Malaysia serta pegawai-pegawai kanan dari BPPPS.

Antara objektif kursus adalah untuk memberi pendedahan kepada semua peserta mengenai tatacara risikan dan siasatan yang berkesan mengikut undang-undang yang sedia ada, memberi pemahaman kepada peserta mengenai risiko semasa menjalankan sesuatu tugas risikan, melengkapkan peserta dengan ilmu risikan dan siasatan yang betul mengikut Standard Operation Prosedur (SOP) yang sebenar, berkongsi pengalaman peserta berkaitan aktiviti risikan yang pernah dijalankan serta meningkatkan hubungan dan kerjasama strategik di antara JAKIM, JAIN dan ATM. Kursus ini merupakan salah satu inisiatif JAKIM dalam usaha membantu meningkatkan kompetensi PPA ke arah pemerkasaan institusi penguatkuasaan Syariah di negeri-negeri.

Kursus Asas Risikan 1

Kursus Asas Risikan 2

Kursus Asas Risikan 3

Kursus Asas Risikan 4

Kursus Asas Risikan 5

Kursus Asas Risikan 6

Kursus Asas Risikan 7

Kursus Asas Risikan 8

Kursus Asas Risikan 9
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356