Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kunjungan Hormat Syarikat Yeo's ke Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal, JAKIM

Putrajaya, 03 Disember 2018 – Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal, JAKIM telah menerima kunjungan hormat dari Syarikat Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad atau lebih dikenali sebagai Yeo's sekitar jam 5.00 petang ini bertempat di Bilik Mesyuarat 2, Aras 7, Blok D, Kompleks Islam Putrajaya.

Kunjungan yang diketuai oleh En. Ooi Peng Hock selaku Naib Presiden Kanan Yeo's Malaysia & Indonesia serta Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pengurusan Halal syarikat tersebut bertujuan untuk merapatkan lagi hubungan sedia ada antara pihak industri dan JAKIM serta mengetahui maklumat-maklumat terkini berkaitan pengurusan Pensijilan Halal Malaysia.

Turut bersama menyantuni kunjungan kali ini ialah YBrs. Ustaz Bukhari Md Akhir selaku Pengarah, Bahagian Pengurusan Pensijilan Halal, JAKIM. Semoga dengan kunjungan seumpama ini akan mengerat dan meningkatkan lagi hubungan antara agensi agama dan industri dalam memantapkan imej Pensijilan Halal Malaysia.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

LAWATAN YEOS LATEST 04122018

LAWATAN YEOS 2 04122018

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 43
  • Yesterday 26
  • This Week 43
  • This Month 343
  • This Year 381