Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kunjungan Hormat Pengurusan Tertinggi Jakim Kepada Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB)

26 Januari 2023 (Khamis)

Meneruskan kesinambungan gerak kerja dakwah bagi tahun 2023, Sekretariat Dakwah Korporat Jakim telah mengadakan kunjung hormat ke Bank Muamalat Malaysia Berhad. Delegasi SDK Jakim yang diketuai oleh YBrs. Tuan Haji Ruslan bin Said Timbalan Ketua Pengarah Operasi JAKIM diiringi YBrs. Tuan Haji Mohamad Kori bij Jusoh, Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM dan urus setia SDK JAKIM telah mengadakan Kunjungan Hormat Kepada Presiden/ Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) bertempat di Aras 7, Bank Muamalat Malaysia Berhad.

Kunjungan hormat ini dipengerusikan oleh YBrs. Encik Amirul Nasir bin Abdul Rahim, Ketua Pegawai Kewangan BMMB yang mewakili Ketua Pegawai Eksekutif BMMB. Hadir bersama kunjungan hormat ini ialah Tuan Haji Muhamad Radzuan bin Ab. Rahman, Senior Vice President Banking Operations BMMB dan YBrs. Encik Mohamad Izuwan Mahyudin, Head Of Shariah Devision BMMB.

JAKIM bersama BMMB telah berkongsi idea-idea kreatif dan inovatif, pemudah cara serta memberi sumbang saran kepada usaha pembangunan program dakwah khusus kepada golongan korporat di Malaysia, masyarakat Islam secara amnya dalam usaha memperkasakan pendekatan dakwah korporat pada masa kini yang sesuai untuk digerakkan secara bersama dengan SDK Jakim.

Kunjungan Hormat Pengurusan Tertinggi Jakim Kepada Presiden Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad 1

unjungan Hormat Pengurusan Tertinggi Jakim Kepada Presiden Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad 2

unjungan Hormat Pengurusan Tertinggi Jakim Kepada Presiden Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat Malaysia Berhad 3
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 19
  • Yesterday 26
  • This Week 19
  • This Month 319
  • This Year 357