Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026
Berita
Kunjung Hormat Ke Jabatan Mufti Negeri Perak
KUNJUNG HORMAT BAHAGIAN PENYELIDIKAN KE JABATAN MUFTI NEGERI PERAK
Ipoh, 10 Mac 2020: Bahagian Penyelidikan JAKIM hari ini mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Mufti Negeri Perak.
Delegasi yang diketuai oleh Dato' Dr. Sirajuddin bin Suhaimee, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan ini membincangkan tentang isu-isu semasa berkaitan fatwa di samping memberi taklimat ringkas berkenaan penyelidikan dan pelaksanaan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 24 hingga 26 Mac 2020.
Ketibaan delegasi disambut penuh mesra oleh Yang Berbahagia Sahibus Samahah Tan Sri Dato' Seri (Dr.) Haji Harussani bin Haji Zakaria, Mufti Kerajaan Negeri Perak bersama Timbalan Mufti serta pegawai-pegawai kanan jabatan tersebut.
Kunjung hormat ini merupakan program rutin tahunan yang dirangka oleh Cawangan Muzakarah dan Panel Pakar bagi memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara JAKIM dan Jabatan Mufti Negeri-Negeri dalam memartabatkan fatwa di Malaysia.
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya, No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman, Presint 3, 62100 Putrajaya, Malaysia.