Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kunjung Hormat Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam (MJPBPBI)

Khamis, 21 April 2016 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama Panel Mesyuarat Jawatankuasa Penapisan Bahan Penerbitan Berunsur Islam (MJPBPBI) telah mengadakan satu kunjung hormat ke Pejabat Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri. Kunjungan ini adalah pertama kali ia diadakan setelah hampir 30 tahun jawatankuasa ini diwujudkan.
 
Tujuan utama pertemuan ini ialah bagi membincangkan perkara yang melibatkan segala penerbitan yang mempunyai unsur islam. Ia dilihat semakin mencabar ekoran penyebaran ajaran yang menyalahi agama islam dan juga pemikiran liberal dan sekular yang boleh memesongkan akidah umat islam. YAB. Dato’ Seri Timbalan Perdana Menteri memberikan satu penegasan yang telah dan akan diambil hasil daripada pandangan yang diutarakan oleh ahli panel yang hadir dalam kunjungan ini.
 
Amatlah bermakna bagi Jakim dan ahli panel ini kerana hasrat yang baik telah disambut dengan penuh keprihatinan daripada pemimpin negara. justeru diharap agar pertemuan ini bakal memberikan satu rangsangan terhadap usaha untuk menyekat daripada anasir luar yang boleh membahayakan pemikiran masyarakat islam di Malaysia.
 
MJPBPBI 1
 
MJPBPBI 2
 
MJPBPBI 3
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358