Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kunjung Hormat Delegasi Ukraine

PUTRAJAYA - Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM telah menerima kunjung hormat dari delegasi Negara Ukraine pada 22 April 2019. Wakil Dua buah badan pensijilan halal dari Ukraine telah hadir iaitu Encik Wael Al-Alami dari Al-Raid Halal Certification & Research Centre dan Cik Viktoria Nesterenko mewakili Halal Global Ukraine Certification Centre.

Kunjungan yang berlangsung di Blok D, Kompleks Islam Putrajaya (KIP) ini menjurus kepada perbincangan mengenai pensijilan halal di Ukraine dan perkongsian mengenai perkembangan terkini perlaksanaan Permohonan Badan Pensijilan Halal Luar Negara.

Al-Raid Halal Certification & Research Centre telah bergiat aktif dalam bidang pensijilan sejak tahun 2009, manakala Halal Global Ukraine Certification Centre mula mengorak langkah dalam bidang pensijilan di Ukraine sejak 2014. Dua buah badan pensijilan ini bernaung di bawah badan agama berdaftar dan aktif menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan komuniti muslim di sana.

Selain itu, kunjungan kali ini berhasrat untuk meneroka bidang kerjasama yang boleh dimanfaatkan bersama antara JAKIM dan badan pensijilan berkenaan. JAKIM amat optimis dan berhasrat ruang kerjasama ini boleh bergerak ke hadapan seiring dengan matlamat serta gagasan rahmatan lil alamin buat seluruh ummah.

Penolong Pengarah Kanan Puan Mahfudzah Mohamad dan Penolong Pengarah Puan Izwatul Jannah Abd Latif dari Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM turut sama dalam menyantuni kunjung hormat ini di samping menyalurkan maklumat mengenai pengiktirafan badan pensijilan luar negara.

Semoga usaha sama ini menjadi platform yang kukuh bagi perkembangan industri Halal secara global.

http://bit.ly/FBHABHALAL

http://bit.ly/AktiviitiHabHalal

www.halal.gov.my

www.islam.gov.my

#YakiniHalalMalaysia

#SemakSebelumSebar

#HalalConnectingTheWorld

#MelebarRisalahMenyantuniUmmah

LAWATAN UKRINE UTAMA 22042019

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 30
  • Yesterday 26
  • This Week 30
  • This Month 330
  • This Year 368