Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kunjung Hormat Akademi Pengajian Islam Universiti Tekonologi Mara Ke Bahagian Pendidikan JAKIM

24 OGOS 2020 - Bahagian Pendidikan JAKIM telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Akademi Pengajian Islam, Universiti Teknologi MARA (UITM) yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Nurhidayah Muhammad Hashim, Dekan Akademi Pengajian Islam, UITM.
Pertemuan dua agensi ini adalah bagi membincangkan mengenai penawaran peluang kepada guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) dan guru Sekolah Agama Rakyat (SAR) bagi mengikuti Program Diploma Pendidikan Islam, UITM dengan tujuan meningkatkan mutu pengajaran serta profesionalisme para guru. Pihak UITM juga turut mengalu-alukan pandangan bagi penambahbaikan komponen kursus sekiranya bersesuaian.


Tuan Haji Hashim bin Salleh, Pengarah Bahagian Pendidikan dalam majlis kunjung hormat ini berkata, penawaran program pengajian ini sangat baik bagi peningkatan mutu pengajaran serta selaras dengan usaha JAKIM bagi memberi penarafan perjawatan yang sesuai bagi guru KAFA di samping menambah pengetahuan serta meningkatkan kemahiran dalam pengajaran.


Kedua-dua agensi mengharapkan pertemuan serta perbincangan ini dapat dimanfaatkan untuk peningkatan kerjaya guru KAFA di seluruh Malaysia pada masa akan datang. Guru KAFA lebih terlatih yang akan dapat melahirkan murid-murid KAFA yang lebih berkualiti.

WhatsApp Image 2020 08 24 at 4.23.27 PM

WhatsApp Image 2020 08 24 at 4.18.16 PM

WhatsApp Image 2020 08 24 at 4.18.15 PM

WhatsApp Image 2020 08 24 at 4.39.48 PM

WhatsApp Image 2020 08 24 at 4.39.47 PM

WhatsApp Image 2020 08 24 at 4.39.47 PM 1

Bahagian Pendidikan
JAKIM

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370