Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kolej Vokasional Sepang Cari Maklumat Program Tahfiz di DQ

15 Februari 2023 - Rentetan cadangan dari Bahagian Pendidikan Islam Kementerian Pendidikan Malaysia, pegawai kanan dan pensyarah-pensyarah Kolej Vokasional Sepang telah mengadakan kunjungan hormat ke Darul Quran Kuala Kubu Bharu. Kunjungan ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkenaan program pengajian tahfiz yang dijalankan oleh Darul Quran. Kolej Vokasional Sepang dalam perancangan untuk mengadakan program asas hafazan al-Quran kepada para pelajar mereka.

Delegasi pelawat diketuai oleh Ketua Jaminan Kualiti, Puan Juwariah binti Ahmad bersama enam orang lagi pegawai kolej yang lain. Sesi perbincangan antara kedua pihak telah dipengerusikan oleh Ketua Penolong Pengarah Seksyen Pembangunan Dasar & Instrumentasi Darul Quran, Ustazah Rosliza binti Abd Latif yang mewakili Pengarah. Dalam sesi perbincangan ini, pihak Darul Quran telah menyampaikan maklumat berkenaan program-program pengajian yang dijalankan.

Antara cadangan yang diusulkan dalam sesi perbincangan ini supaya pihak kolej mendapatkan maklumat terpeinci berkenaan noss Program Sijil Kemahiran Malaysia, Bidang Pengurusan Masjid Tahap 3 dari pihak Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) memandangkan program ini yang dilihat paling hampir dengan hasrat pihak kolej.

Kolej Vokasional Sepang cari maklumat program tahfiz di DQ

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=734

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370