Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kerjasama Strategik JAKIM - JAIS dalam Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah

13 Ogos 2020 - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah (BPPPS) telah mengadakan kunjung hormat ke Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
 
Objektif utama kunjung hormat ialah bagi membincangkan kerjasama strategik yang boleh dilaksanakan bersama antara JAKIM dan JAIS serta membincangkan isu-isu semasa yang melibatkan penguatkuasaan dan pendakwaan syariah.
 
Delegasi diketuai oleh Pengarah BPPPS iaitu YBrs. Tuan Haji Mohd Ansarullah bin Mohd Hashim bersama-sama pegawai kanan BPPPS. Ketibaan delegasi disambut penuh mesra oleh YBrs. Puan Hajah Sabariah binti Salleh, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Dakwah yang mewakili Pengarah JAIS bersama Tuan Ab. Khawi bin Che Abdul Rahman Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama dan pegawai-pegawai JAIS. Sesi lamaran bagi penganjuran program Cakna Pergaulan Anda, Cegah Jenayah Tanggungjawab Bersama 2020 secara berkolaborasi antara JAKIM dan JAIS telah dibuat oleh Ustazah Noorhafizah binti Ibrahim, Ketua Penolong Pengarah Kanan BPPPS JAKIM melalui pembentangan kertas kerja yang berkaitan.
 
 
 
kunjung hormat jais 082020 3
 
 
 
 
 
 
 set 2
 
set 3
 
set 1
 
 
kunjung hormat jais 082020 4
 
 kunjung hormat jais 082020 14
 
kunjung hormat jais 082020 21
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358