Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kembara Rahmah : Mendekatkan Masyarakat Dengan Institusi Masjid

PUTRAJAYA – Penganjuran Program Kembara Rahmah bertemakan “Mencari Damai Dihati” telah berjaya mencapai objektifnya apabila mendapat sambutan yang baik dikalangan para peserta iaitu seramai 65 buah motorsikal berkuasa tinggi turut bersama menyertai program ini. Program ini berlangsung Selama dua hari satu malam bertempat di perkampungan Nelayan Parit Jawa, Muar Johor.

Kembara bermotosikal kuasa tinggi ini juga merupakan pendekatan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin Putrajaya dalam usaha mempelbagaikan aktiviti serta melebar luas peranan dan memperkasa institusi masjid. Pogram ini juga mengabungkan peranan beberapa agensi kerajaan yang lain dalam mendekati masyarakat dengan pelbagai program

Sebanyak 8 Agensi turut berkolaborasi dalam menjayakan program ini antaranya ialah Majlis Agama Islam Johor Daerah Muar, Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Pejabat Agama Islam Daerah Muar, Masjid Jamek Al Ehsan Muar, All Bikers Club Malaysia dan lain-lain.

Menurut Ustaz Hamdan Muhamad, Unit Komunikasi Korporat MTMZA, Program Kembara Rahmah ini akan diadakan pada setiap tahun mengikut lokasi - lokasi yang terpilih. Pelbagai aktiviti telah diadakan sepanjang dua hari program berlangsung iaitu:

- Konvoi bermotosikal berkuasa tinggi sebanyak 65 buah
- Kursus teori dan pratikal pengurusan jenazah
- Ceramah perdana bersama Imam Besar MTMZA
- Kuliah subuh dan maghrib bersama para peserta konvoi
- Sesi Usrah Santai peserta dan Imam MTMZA
- Sumbangan asnaf

Turut hadir dalam program ini ialah YBrs. Tuan Hj Nor Azamir bin Hj Alias, Imam Besar MTMZA, serta wakil - wakil agensi terlibat.
 
Kembara Rahmah Mendekatkan Masyarakat Dengan Institusi Masjid 1
 
Kembara Rahmah Mendekatkan Masyarakat Dengan Institusi Masjid 2
 
Kembara Rahmah Mendekatkan Masyarakat Dengan Institusi Masjid 3
 
Kembara Rahmah Mendekatkan Masyarakat Dengan Institusi Masjid 4
 
Kembara Rahmah Mendekatkan Masyarakat Dengan Institusi Masjid 5
 
 
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356