Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Ke Arah Pendigitalan IP - Taklimat Aplikasi Sistem E-Jinayat Versi 4.0 (Modul Penguatkuasaan & Pendakwaan) Kepada PPA JAIPP & PS JPSyPP


16 Januari, Putrajaya –Taklimat Aplikasi Sistem e-Jinayat Versi 4.0 (Modul Penguatkuasaan & Modul Pendakwaan) kepada Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JAIPP) dan Pendakwa Syarie (PS) Jabatan Pendakwaan Syariah Pulau Pinang (JPSyPP) telah dilaksanakan secara dalam talian melalui aplikasi Google Meet. Taklimat yang melibatkan PPA dan PS seluruh negeri Pulau Pinang tersebut telah diurusetiakan oleh Bahagian Penyelarasan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah dengan kerjasama Bahagian Pengurusan Maklumat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan pihak vendor dari Syarikat Sands Consultant.

Taklimat Aplikasi Sistem e-Jinayat Versi 4.0 yang merangkumi modul penguatkuasaan dan modul pendakwaan tersebut bertujuan untuk memberikan penjelasan dan pendedahan penggunaan sistem e-Jinayat kepada PPA dan PS Pulau Pinang dalam membantu mereka melaksanakan tugas secara lebih efisien dan selaras dengan transformasi penguatkuasaan dan pendakwaan syariah ke arah amalan terbaik. Taklimat tersebut juga adalah selaras dengan Pelan Perancangan Sasaran Kerja Strategik JAKIM, Teras 1: Perundangan - Memperkasa Penyelarasan Dan Penyeragaman Undang-Undang Islam Ke Arah Pelaksanaan Syariat Yang Lebih Berhikmah; Strategi 2 iaitu Menyelaras Dan Menyeragamkan Pelaksanaan Undang-Undang Islam Antara Agensi-Agensi Yang Berkaitan di bawah program Sesi Konsultasi Kepada Negeri-Negeri Berkaitan Model Garis Panduan Atau Arahan Yang Diselaraskan.

Seramai 60 orang PPA dan PS telah mengikuti taklimat tersebut. Turut hadir dalam sesi taklimat tersebut ialah Tuan Haji Zamri bin Roslan, Ketua Pendakwa Syarie Pulau Pinang, Tuan Anuar bin Ismail, Ketua Pegawai Penguat Kuasa Agama Pulau Pinang, Puan Zuraini binti Yahya, Ketua Penolong Pengarah Kanan, BPPPS dan Puan Nafizah binti Md Fauzi, Ketua Penolong Pengarah BPPPS. Sesi taklimat sistem e-Jinayat versi 4.0 tersebut telah disampaikan oleh Encik Shah Juhan bin Samuri.


Taklimat Aplikasi Sistem E Jinayat Versi 4.0 01

Taklimat Aplikasi Sistem E Jinayat Versi 4.0 02

Taklimat Aplikasi Sistem E Jinayat Versi 4.0 03

Taklimat Aplikasi Sistem E Jinayat Versi 4.0 04
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 32
  • Yesterday 26
  • This Week 32
  • This Month 332
  • This Year 370