Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Kaum Ibu Sri Pantai Mersing Singgah Ke Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM

KOMPLEKS ISLAM PUTRAJAYA - Program kesedaran halal kepada orang ramai diteruskan dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Pengurusan Halal telah menerima lawatan Kumpulan Yassin As-Solehah, Sri Pantai, Mersing, Johor Darul Takzim pada 23 Ogos 2019.
 
Antara fokus utama lawatan kali ini ialah perkongsian umum berkenaan pensijilan halal Malaysia meliputi kepentingan dan kelebihannya serta penjelasan berkaitan isu-isu halal yang tular di media sosial. Lawatan yang melibatkan 42 orang peserta tersebut berlangsung hampir 2 jam bermula 3.00 petang dan diketuai oleh saudari Ayu Ibrahim.
 
Sesi perkongsian maklumat yang berakhir  sekitar jam 5 petang di Bilik Mesyuarat Utama Aras 6, Blok D tersebut telah disampai dan diselaraskan oleh Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, JAKIM yang bertanggungjawab mengurus dan menyelaras lawatan-lawatan luar ke Bahagian ini.
 
*Ikuti pelbagai aktiviti yang melibatkan Halal Malaysia di:-
 
http://bit.ly/FBHABHALAL
http://bit.ly/AktiviitiHabHalal
http://www.halal.gov.my/
http://www.islam.gov.my/
 
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MelebarRisalahMenyantuniUmmah
#RahmatanLil’Alamin
#Rahmah
 
Lawatan Kaum Ibu Sri Pantai
 
Lawatan Kaum Ibu Sri Pantai 1
 
Lawatan Kaum Ibu Sri Pantai 2
 
Lawatan Kaum Ibu Sri Pantai 3
 
Lawatan Kaum Ibu Sri Pantai 4
 
Lawatan Kaum Ibu Sri Pantai 5
 
Lawatan Kaum Ibu Sri Pantai 6
 
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356