Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Karnival Ibnu ‘Auf Cungkil Bakat Qari Qariah Syarikat Korporat

“Alhamdulillah, melalui sokongan daripada semua syarikat terhadap penganjuran MTQ Korporat ini, dari tahun ke tahun penglibatan peserta semakin bertambah dan kualiti bacaan para qari dan qariah juga semakin meningkat. Pada tahun 2014, MTQ Korporat disertai seramai 16 orang peserta mewakili 9 buah syarikat. Pada tahun 2015, penyertaan meningkat kepada 22 orang peserta mewakili 14 buah syarikat. Manakala pada tahun ini pula disertai oleh 23 orang Qari dan Qariah mewakili 14 buah syarikat.”

Petikan Ucapan Perasmian KIA-II 2016 oleh Timbalan menteri di JPM, 15 Disember 2016, Auditorium Jakim, Kompleks Islam Putrajaya, Putrajaya.

Karnival Ibnu ‘Auf Peringkat Kebangsaan Kali Ke-2 Tahun 1438H/ 2016M atau lebih dikenali sebagai KIA-II 2016 merupakan sebuah program tahunan yang dianjurkan oleh Sekretariat Dakwah Korporat Jakim (SDK Jakim) dengan matlamat menyatukan syarikat-syarikat korporat yang menganggotai SDK Jakim dalam misi melaksanakan gerak kerja dakwah yang memenuhi kehendak semasa di samping mengerat jalinan kerjasama rasmi melalui penubuhan SDK Jakim sejak September 2013.

Program ini dihadiri oleh seramai 1153 orang sepanjang dua hari berlangsung dan dirasmikan oleh YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi bin Dato’ Dusuki, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Antara aktiviti pengisian KIA-II 2016 termasuklah Majlis Tilawah al-Quran Syarikat-syarikat Korporat Malaysia Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 Tahun 1438H/ 2016M (MTQ Korporat 2016), Kuiz al-Quran, Siaran Langsung Forum Perdana Ehwal Islam (FPEI), Cabutan Bertuah, Pertandingan Booth Syarikat Terbaik 2016 dan Majlis Perasmian Penutup KIA-II 2016.

10. Peserta MTQ Korporat

11. Pemenang MTQ Korporat

17. FPEI KIA II 2016

18. Hadirin

20. Tetamu Kehormat Majlis

21. Ucapan Perasmian TYB

22. Paluan Gong

25. Johan Qari

28. Johan Qariah

33. Petronas Jona Keseluruhan

35. Gambar Kenangan Semua Peserta MTQ Korporat

 

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 48
  • Yesterday 26
  • This Week 48
  • This Month 348
  • This Year 386