Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

JAKIM Menyantuni Keluarga Malaysia Di Miri, Sarawak

21 Mei 2022 (Sabtu) | JAKIM Sarawak bersama-sama Bahagian Dakwah JAKIM mengadakan kerjasama strategik menjayakan Program Musaadah Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera Bersama Anak-Anak Yatim di Kompleks Kebajikan Hamidah Yakup, Miri.

Pengisian program dimulakan dengan sesi Bengkel Persediaan Alam Baligh yang disampaikan oleh Ustazah Sakinah binti Mohammad, Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Kemuncak program diadakan sesi penyampaian Bakul Kasih Musaadah Keluarga Malaysia Keluarga Sejahtera kepada anak-anak yatim. Majlis disempurnakan oleh YBrs. Ustaz Hamdan bin Haji Jar'ee, Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Sarawak. Turut bersama menyempurnakan penyampaian tersebut Tuan Haji Mohd Roska bin Mohamed Rasidek, Penolong Pengarah Kanan Bahagian Dakwah yang mewakili Pengarah Kanan Bahagian Dakwah JAKIM.

Keceriaan anak-anak yatim dengan kehadiran pasukan Musaadah JAKIM memberi sinar baharu buat semua. Semoga kerjasama ini terus berkekalan demi memberi kebaikan kepada ummah.

JAKIM Menyantuni Keluarga Malaysia Di Miri 1

JAKIM Menyantuni Keluarga Malaysia Di Miri 2

JAKIM Menyantuni Keluarga Malaysia Di Miri 3

JAKIM Menyantuni Keluarga Malaysia Di Miri 4

JAKIM Menyantuni Keluarga Malaysia Di Miri 5

JAKIM Menyantuni Keluarga Malaysia Di Miri 6

JAKIM Menyantuni Keluarga Malaysia Di Miri 7

JAKIM Menyantuni Keluarga Malaysia Di Miri 8

JAKIM Menyantuni Keluarga Malaysia Di Miri 9
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356