Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

JAKIM Memperkasa Latihan Melalui Bengkel Pemurnian Bahan Bantu Mengajar (BBM) Modul Minda Maqasid

CAMERON HIGHLANDS, 6 Mei 2026 – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerusi Cawangan Maqasid Syariah, Bahagian Dasar Kemajuan Islam (BDKI) telah menganjurkan Bengkel Pemurnian Dokumentasi dan Bahan Bantu Mengajar (BBM) Modul Minda Maqasid selama tiga hari bermula 4 hingga 6 Mei 2026 di Hotel Avillion Cameron Highlands, Pahang.

Bengkel tersebut menghimpunkan seramai 20 orang panel dan fasilitator Modul Minda Maqasid yang dilantik secara khusus bagi memperkukuh dan memurnikan dokumentasi serta bahan bantu mengajar modul berkenaan supaya lebih sistematik, berkualiti dan selari dengan standard latihan semasa. Ianya merupakan platform strategik bagi memastikan penyampaian ilmu Maqasid Syariah dapat dilaksanakan secara lebih efektif khususnya kepada sektor awam dan korporat yang berdepan cabaran berkaitan integriti, kelestarian dan reputasi global.

Sepanjang bengkel berlangsung, peserta berjaya memurnikan dokumentasi BBM secara menyeluruh meliputi aspek ketepatan kandungan, keseragaman dokumentasi serta pematuhan kepada piawaian kualiti latihan. Selain itu, pelbagai alat bantuan visual yang kreatif dan praktikal turut dibangunkan bagi menjelaskan hubungan antara prinsip Syariah dengan elemen Environmental, Social & Governance (ESG) serta Corporate Social Responsibility (CSR).
Bengkel ini juga berjaya menghasilkan satu set dokumentasi BBM yang lengkap dan komprehensif merangkumi slaid pembentangan, panduan fasilitator, latihan amali serta alat bantu visual yang telah melalui proses semakan dan pemurnian secara teliti.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen berterusan JAKIM dalam memperkukuh kefahaman dan penghayatan Maqasid Syariah melalui pendekatan latihan yang profesional, sistematik dan berimpak tinggi kepada masyarakat serta sektor awam dan korporat negara.

JAKIM Memperkasa Latihan Melalui Bengkel Pemurnian Bahan Bantu Mengajar BBM Modul Minda Maqasid 01

JAKIM Memperkasa Latihan Melalui Bengkel Pemurnian Bahan Bantu Mengajar BBM Modul Minda Maqasid 02

JAKIM Memperkasa Latihan Melalui Bengkel Pemurnian Bahan Bantu Mengajar BBM Modul Minda Maqasid 03
Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 20
  • Yesterday 26
  • This Week 20
  • This Month 320
  • This Year 358