Berita
JAKIM Komited Perkukuh Pensijilan Halal Malaysia
PUTRAJAYA - Sebagai menyahut saranan Yang Berhormat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Senator Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri untuk menambahbaik pensijilan halal Malaysia, satu kunjungan dan perbincangan telah dibuat oleh pihak Bahagian Pengurusan Halal dan Bahagian Kawal Selia Halal, JAKIM ke pejabat beliau pada 21 Julai lalu.
Perbincangan yang berlangsung hampir sejam di Kompleks Islam Putrajaya tersebut memberi fokus kepada beberapa inisiatif halal Malaysia yang bakal dilaksanakan bagi memudahkan lagi proses pengeluaran Sijil Pengesahan Halal Malaysia.
Kunjungan dan perbincangan penuh berinformasi ini telah dihadiri oleh Tuan Bukhari Md Akhir, Pengarah Bahagian Pengurusan Halal dan Tuan Hanifuddin bin Roslan, Pengarah Bahagian Kawal Selia Halal, JAKIM bersama pegawai-pegawai kanan dari kedua-dua Bahagian. Turut hadir bersama YBhg. Dato' Dr Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan JAKIM.
JAKIM sentiasa komited untuk terus memperkukuh dan menambahbaik pensijilan halal Malaysia serta memelihara integritinya agar imej Malaysia selaku peneraju halal dunia kekal terpelihara seterusnya meningkatkan lagi jumlah pemegang SPHM khususnya bagi industri berskala kecil dan sederhana.
#YakiniHalalMalaysia
#HalalMalaysiaMenerajuiDunia
#MusaadahCovid19
#AgainstCovid19
#KitaMestiMenang



Hubungi Kami
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Kemaskini Terkini
- Isnin, 28 September 2026
Statistik Pelawat
- Today 30
- Yesterday 26
- This Week 30
- This Month 330
- This Year 368