Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran

Peringkat Antarabangsa (MTHQA) Ke-66 Tahun 1448/2026

Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke-30

23 Julai 2022 - Seramai 659 orang graduan dari semua program pengajian yang ditawarkan telah diraikan dalam Majlis Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke-30. Majlis yang gilang gemilang ini telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad.

Berikut merupakan pecahan bilangan graduan berdasarkan program pengajian yang dijalankan di Darul Quran:
  • 498 orang graduan Program Diploma Tahfiz al-Quran & Al-Qiraat;
  • 53 orang graduan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-IIUM;
  • 30 orang graduan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN;
  • Tiga orang graduan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UoC;
  • Enam orang graduan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UTeM;
  • Empat orang graduan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-PSA;
  • Seorang graduan Program Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-MSU;
  • 44 orang penerima Sijil Tamat Pengajian Program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Quran & Sunnah USIM-DQ;
  • Empat orang pelajar Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran;
  • Seorang pelajar Program Sijil Asas Tahfiz Darul Quran; dan
  • 15 orang perantis Program Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Bidang Pengurusan Masjid kerjasama antara DQ dengan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Sejak penubuhannya pada tahun 1966 sehingga hari ini berlangsungnya Majlis Istiadat Konvokesyen, Darul Quran telah berjaya melahirkan 10,671 orang graduan huffaz. Dalam majlis istiadat ini, saudara Muhammad Irfan Iman bin Abd Samad dan saudari Nurul Iman binti Raehamiizwan George@Mohd Syahmi’izzad dari Program Diploma Tahfiz al-Quran & Al-Qiraat telah dinobat sebagai penerima Anugerah Perdana Menteri (anugerah tertinggi) pada tahun ini.

Istiadat Konvokesyen Darul Quran JAKIM Ke 30

Sumber berita : https://www.darulquran.gov.my/xs/page.php?id=610

Hubungi Kami
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),
Blok A dan B, Kompleks Islam Putrajaya,
No 23, Jalan Tunku Abdul Rahman,
Presint 3, 62100 Putrajaya,
Malaysia.
+603 8870 7000
+603 8870 7003
Ikuti Kami
Pautan
Kemaskini Terkini
  •  Isnin, 28 September 2026 
Statistik Pelawat
  • Today 18
  • Yesterday 26
  • This Week 18
  • This Month 318
  • This Year 356